Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan
lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya. Katanya, sebagai pelajar yang sering
ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari
yang lain dan tak susah mendapat teman baru. Cukup dengan menawarkan diri untuk
ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak
tidak sah taraf, baru-baru ini.
3
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan
rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali
pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal
berjiran.
Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah
guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil
kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.
Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak
tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap
perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada
ibu bapa, kawan menjadi penyelamat.
Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah
ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana
bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang
dibuli pelajar lain,” katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik
selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan
tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu
keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan
keluar pada waktu malam,” katanya. Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah
kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut
mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya
bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi
tabiat. Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain
mencubanya.
Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain
kerap bertukar video lucah,” katanya.
Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15
hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2013 dengan portal YouthSays.com
menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.
0 komentar:
Posting Komentar